Kenyataan & Bantahan kepada JAIS terhadap penangkapan Dr Asri

2 11 2009

Al-Fikrah.net (AFN) selaku sebuah forum dakwah maya, melahirkan rasa dukacita dan kesal atas penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin atas tuduhan berceramah tanpa tauliah pada 1 November dan pendakwaan beliau pada keesokan harinya (2 November 2009).

AFN berpendapat, tindakan pihak JAIS adalah kurang berhemah disamping mereka harus bijak menangani isu tersebut tanpa menjatuhkan maruah seorang ilmuwan agama apatah lagi memalukannya dengan cara sedemikian. Kita semua maklum bahawa kuliah tersebut adalah kuliah bulanan beliau yang diadakan di rumah persendirian dan kuliahnya tidak pernah keluar dari ajaran Al-Qur:an dan as-Sunnah, apatah lagi beliau adalah bekas seorang pensyarah USM, universiti APEX terkemuka Malaysia, mantan Mufti negeri dan berkelulusan phD dari UIAM, sebuah universiti yg berperistij di dunia Islam.

Dalam roh seruan 1 Malaysia 1 Ummat, kita menyeru JAIS supaya melihat sumbangan Dr Mohd Asri dari sudut yang positif. Ini kerana beliau seringkali memberi saranan bernas yang membawa rakyat Malaysia ke arah masyarakat yang maju, aman, progresif dan makmur. Sebaliknya tindakan JAIS terhadap beliau dilihat sebagai mundur ke belakang dan menjumudkan pemikiran rakyat.

Ingatlah firman Allah, maksudnya:
“Siapakah yg lebih baik perkataannya dari orang yg menyeru kpd Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata,” sesungguhnya aku termasuk orang yg berserah diri.” AQ 41: 33





Bantulah saudara kita di Palestin!!

2 01 2009

Isu Palestin sekarang ini sedang hangat diperkatakan. Kerana ia adalah isu sensitif umat Islam. Antara tentera Islam Hamas yang saban tahun berjuang berperang menentang rejim Zionis Israel di Gaza. Sudah banyak nyawa terkorban terutamanya dengan serangan-serangan terbaru dari rejim Zionis. Darah rakyat Palestin ditumpahkan tanpa dosa termasuk orang awam, wanita dan kanak-kanak. Seluruh dunia telah mengutuk ketidakberperikemanusiaan yang telah dilakukan oleh Israel yang masih lagi berusaha mewujudkan negara Israel dan melenyapkan bumi Palestin.

Tidak dapat digambarkan rasa pedih dan sakit hati terhadap dajjal Israel serta sekutunya kerana sewenang-wenangnya membunuh saudara Islam kita. Media-media pro Yahudi juga telah banyak memutarbelitkan fakta dengan mengatakan peperangan antara Hamas dengan Zionis sengit dengan kekuatan yang seimbang. Ini hanyalah propaganda untuk mengabui mata masyarakat dunia. Pihak Hamas yang bertahan dengan serangan zionis hanyalah mempunyai kelengkapan senjata yang terhad dan serba kekurangan, manakalah rejim zionis mempunyai kelengkapan perang yang lengkap dan canggih hasil dari bantuan sekutunya. Ibarat peluru lawan batu. Kemudahan-kemudahan asasi seperti hospital, pejabat kerajaan juga telah dibom. Inilah dia pengganas yang sebenarnya.

Oleh itu, wajib bagi kita umat Islam membantu saudara kita di sana. Justeru itu, bantuan yang segera dari kita rakyat Malaysia adalah mengadakan doa serta qunut nazilah di samping menderma dan menyumbang apa jua bentuk sumbangan untuk Palestin. Kerana bantahan terhadap serangan oleh Zionis mesti kita sampaikan dalam bentuk doa, derma dan sumbangan tabung kemanusiaan , boikot barangan Israel dan demonstrasi. Ambillah sikap peduli terhadap umat Islam kita di sana. Bangunlah dari mimpi, kenanglah saudara kita di sana. Keganasan seperti ini adalah amat sensitif kepada umat Islam, kerana umat Islam itu bersaudara. Ya Allah! Selamatkanlah Palestin..





Ikutilah manhaj generasi pertama

26 12 2008

Sesiapa yang di dalam darahnya mengalir rasa cinta kepada manhaj as-Salafus Shalih, maka ia tidak akan pernah melepaskannya untuk selamanya.

Seseorang yang mahu mempelajari dan memahami ilmu-ilmu al-Salaf al-Soleh (generasi pertama yang soleh), merasai ‘makanan’ dan minum dari ‘sumber’ mereka serta berteduh di bawah teduhan mereka, maka ia tidak akan ingin memilih jalan (manhaj) lain selain jalan mereka ini yang menarik dan menyenangkan bagi setiap orang yang melaluinya. Jalan mereka adalah jalan yang benar dan lurus, adapun jalan yang lain adalah jalan yang berliku-liku. Jalan mereka adalah jalan yang mudah adapun jalan yang lainnya adalah jalan yang sukar dan memenatkan.

Jalan mereka adalah jalan yang terang, tidak ada bahaya yang mengancam, mudah untuk dilalui, aman, selamat sampai di tujuan dan membawa kita ke akhir perjalanan yang baik, sehingga akhirnya kita dapat meraih kebahagiaan dalam kehidupan ini. Read the rest of this entry »





Kembali kepada asal

20 10 2008

Sekumpulan pekerja yang bekerja membuat suatu acuan.. lama kelamaan jika tidak dipantau atau tidak dibaharui gerak kerja tersebut oleh mereka sendiri ataupun ketuanya, nescaya ia akan lari dari tujuan asal ataupun acuan tersebut akan berubah bentuk, saiz mahupun berat. Dan menghasilkan satu produk yang tidak menepati spesifikasi yang dikehendaki. Ini menunjukkan lamanya tempoh masa suatu kerja yang dibuat, belum tentu ia tepat dan mengikut kehendak ketua atau organisasinya. Begitu juga dalam Islam, lamanya ibadah atau amalan yang kita lakukan yang diajar sejak turun temurun belum tentu ia menepati kehendak Allah dan RasulNya. Kerana itulah pentingnya seorang insan jika mengembara menyelusuri liku-liku kehidupan, gelora hidup dan cabaran akan menjumpai satu titik yang memerlukannya kembali kepada panduan dan prinsip hidup yang asal supaya tidak leka dan lari dari matlamat asal kehidupan. Read the rest of this entry »





Salam Eidulfitri

30 09 2008

Salam Eidulfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini terutamanya dan semua muslimin dan muslimat.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Taqabalallahu Minna Wa Minkum

-Abu ‘Asim Ulwan
1 Oktober 2008





Sunnah dan Syawal

30 09 2008

Sunnah dan Syawal

Perkembangan sunnah dinegara kita dilihat kian menyubur dan berkembang dengan cepat. Ramai pendakwah yang kian bergerak dengan dakwah kepada masyarakat kepada sunnah Nabi S.A.W dalam urusan ibadah. Maka kita ucapkan Alhamdulillah. Demikian juga dengan amalan sunnah yang selalu beriringan dengan perkembangan semasa ataupun sesuatu peristiwa. Bulan ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Sunnah-sunnah di dalam bulan ramadhan telah dibaca oleh penceramah dan dipaparkan dalam banyak media samaada internet, majalah, blog, tv, radio dan sebagainya. Berakhirnya ramadhan, Syawal menjelma. Juga amalan sunnah terutamanya pada hari raya tidak ketinggalan memasuki pasaran media tersebut. Ini adalah satu perkembangan yang sihat dan wajar diteruskan supaya masyarakat sentiasa terdidik untuk mengikuti Rasulullah S.A.W. Alangkah baiknya jika sunnah Rasulullah dapat diikuti secara keseluruhan, bukan secara berjuzuk.

Hari raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan. Hari kemenangan umat Islam mengharungi satu bulan dengan menahan diri daripada makan dan segala perkara-perkara yang buruk. Kemenangan itu kemenangan. Kemenangan ini adalah kepada mereka yang mengharungi ramadhan dengan kejayaan. Kemenangan itu bukanlah disambut dan dihayati dengan hiburan yang melampau. Sepatutnya 1 bulan ini dapat mendidik kita ataupun sebagai titik tolak perubahan dalam diri kita sendiri dalam hal ketaqwaan. Malangnya, setelah berakhirnya ramadhan, solat subuh dan solat jemaah di masjid kian suram, kitab Al-Quran kian berhabuk , perkara maksiat ‘kembali kepada asal’, seolah-olah kita mengharungi ramadhan adalah sekadar memenuhi tuntutan, bukan mendidik jiwa terhadap perjuangan dan keikhlasan.
Masyarakat kita barangkali sudah sekian lama terdidik atau terikut-ikut dengan angin hari raya di negara ini. Muzik dan filem kita sentiasa akan ada slot atau kisah yang memaparkan kesedihan. Sepatutnya hari raya adalah hari kegembiraan. Begitu juga dengan takbir raya. Alhamdulillah, kita dapati sudah ramai yang menyedari bahawa takbir raya di negara kita yang beralun-alun mengambarkan kesedihan dan bukan melambangkan kekuatan. Semoga perubahan untuk ni beransur-ansur digerakkan.

Sempena syawal ini, marilah kita merenung kembali permulaan puasa kita. Bagaimana amalan dan ibadah kita pada permulaan bulan tersebut. Sungguh, kita terasa kenikmatan yang sudah tidak dapat ditarik kembali dan akan menjumpainya di tahun beirikutnya jika kita belum memejamkan mata selamanya. Tidakkah terasa betapa indahnya berbuka puasa beramai-ramai, berbuka puasa menurut sunnah, bersolat tarawih, membaca Al-Quran, bertahajud dan bermunajat. Mereka yang benar-benar ikhlas terhadap ibadat dan mengharungi perjuangan sebenar di bulan Ramadhan pastinya akan merasa hiba dengan berkahirnya bulan yang penuh berkat ini.

Firmah Allah S.W.T yang bermaksud : (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.(QS 2:185)





Tajdid

28 09 2008

Seruan tajdid dan perubahan dalam negara kita masih lagi berterusan. Tidak dapat tidak kita terpaksa menerima halangan, cemuhan dan kutukan dari puak-puak konservetif atau orang lama. Jika tidak melakukan islah, kita akan menjadi umat yang lemah kerana…

  1. Al-Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan pegangan hidup.
  2. Ketidakjelasan akidah suci dalam masyarakat.
  3. Salahfaham terhadap ajaran Islam kerana salah cara penyampaian.
  4. Hiburan, artis dijadikan fokus utama dalam kehidupan.
  5. Motivasi oleh penceramah berlambak-lambak, namun pelbagai masalah masih tidak selesai.
  6. Bergaya zuhud, kuat beribadah dengan meminggirkan penyelidikan, perkembangan semasa, sosial dan masyarakat.
  7. Menyempitkan pemikiran dan bersikap jumud serta konservatif.
  8. Permasalah cabang dijadikan perkara utama dengan meminggirkan usul.
  9. Adab berbeza pandangan tidak diamalkan di dalam masalah cabang menyebabkan perbalahan dan perpecahan.
  10. Kurangnya tawakal dan pengharapan kepada Allah sebaliknya mengharapkan manusia, bomoh dan tangkal.
  11. Cara beragama tidak mengikut sebagaimana yang dilakukan oleh 3 generasi awal Islam.
  12. Agama dijadikan candu oleh ustaz dan penceramah untuk mengaut keuntungan serta populariti.
  13. Ketidakprihatinan dengan saudara Islam yang dizalimi seperti di Palestin dan Selatan Thailand.
  14. Memayah-mayahkan masalah agama serta mengekslusifkannya untuk kelompok dan kumpulan, bukan untuk semua lapisan bangsa, kaum, negeri dan negara.
  15. Agama dimanipulasikan dengan menghasilkan produk-produk kononnya ubat mujarab, pemakanan sunnah, upah pahala online dan lain-lain.
  16. Terlalu fanatik terhadap mazhab sehingga apa sahaja pendapat yang lain daripada mazhab tersebut dianggap salah.
  17. Jika hendak jadi alim serta soleh, perlu pakai jubah, memegang tasbih, tidak bercakap, mengasingkan diri, berjalan tunduk dan lain-lain.
  18. Pendakwah-pendakwah tidak turun ke medan sebaliknya hanya selesa di atas kerusi empuk dan bilik berhawa dingin.
  19. Filem dan cerita yang dihasilkan tiada unsur moral dan ke arah suasana Islam, sebaliknya hanya menonjolkan tahyul, khurafat, kehidupkan kota maksiat, konflik keluarga, dan lain-lain.
  20. Mengaku mencintai Rasulullah S.A.W, tetapi tidak mengikuti sunnah Baginda secara keseluruhan.
  21. Khutbah tidak memberi kesan kerana isinya yang kurang baik serta khatib yang tidak bersemangat membacanya.
  22. Terpengaruh dengan cerita-cerita yang bukan-bukan atau tidak dapat diterima akal yang dikaitkan dengan Islam yang merubah wajah asal Islam yang dibawakan oleh penceramah yang tidak matang serta kekontangan ilmu dan tidak rasional.
  23. Sentiasa menjadi pengguna, bukan pengeluar.
  24. Mengharapkan sedekah pahala atau air bacaan Yasin untuk mendirikan rumah baru atau untuk menduduki peperiksaan.
  25. Bersikap sentimen dan emosi dalam sesuatu perkara agama dan tidak menilai perkara tersebut dari sudut ilmiah.
  26. Pangkat dan jawatan dalam agama tidak digunakan sepenuhnya untuk umat Islam, tetapi hanya mengikut telunjuk dan menjaga periuk nasi sendiri.
  27. Berjuang bukan demi kebenaran, tetapi demi habuan, pangkat, kuasa dan sokongan orang ramai.
  28. Nas al-Quran dan as-Sunnah dibaca bukan untuk kepentingan umat Islam secara keseluruhan, tetapi untuk kepentingan invididu serta kelompok dan kumpulan dalam mencapai cita-cita.

Inilh realiti yang berlaku pada hari ini. Penulis menyeru kepada diri sendiri dan semua agar kita berjuang untuk menegakkan Islam dengan segala kemampuan yang ada. Marilah kita istiqamah dalam melakukan atau menyeru seruan tajdid, islah dan pembaharuan. Supaya umat Islam terutamanya kita sendiri di negara ini dapat melaksanakan Islam secara menyeluruh . Islam yang sebenar. Islam yang seperti mana Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, Sahabat-sahabat, tabieen dan tabi’ tabieen dan di zaman kegemilangan tamadun Islam. Gerakanlah apa-apa sahaja yang kita mampu untuk melakukan pembaharuan, memperjuangan al-Quran dan as-Sunnah kepada semua agar segala apa yang kita usahakan mendapat keredhaan dan pahala di sisi Allah azza wajalla.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.